“Adakah Netizen Sekarang Sebodoh ltu?”- Atikah Suhaime Bengang Gambar Mandi DaIam KoIam Dipertikai
Monday, June 21, 2021

Pelakon Atikah Suhaime memuat naik sekeping foto di dalam kolam renang yang mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya mengenai keaslian foto tersebut.
Bahkan, ada yang mendakwa Atikah sudah melakukan suntingan terhadap gambar tersebut kerana terdapat imej herot pada imej pantulan pada air.
Sebaliknya, jelasnya, ia hanyalah kesan biasan pada air secara semula jadi.
“Gambar asal ada kelihatan imej kaki besar di bahagian dasar. Adakah anda ingin cakap yang saya menyunting kaki besar di bawah ini?
“Kenapa perlu saya lakukannya? Adakah anda belajar mengenai pembiasan di sekolah atau netizen sekarang sebodoh itu?,” katanya menerusi satu entri di Instagram Story.
Terdahulu, Atikah yang memuat naik gambar dirinya berada di kolam infiniti seolah-olah sedang berenang di dalam tasik turut dipertikai.
“Gambar yang disunting? Saya boleh nampak pantulan lantai kolam ronang dalam air,” tulis seorang warganet.
Begitupun, Atikah kemudian menafikan terdapat suntingan dibuat selain meny1ndir bahawa foto tersebut sudah cukup sempurna termasuklah wajahnya.
“Wajah saya telah disunting oleh @vogueclinickl. Tak perlu untuk edit gambar saya di Instagram lagi,” jawabnya.
Sumber:aud1r8