Bertengkar Di Kedai Telefon, Teman Wanita Mahu iPhone Tapi Kekasih Belikan Vivo
Monday, June 7, 2021

Tular sebuah video di media sosial memperlihatkan pasangan remaja dipercayai kekasih bertengkar di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Indonesia, gara-gara berselisih faham mengenai pilihan jenama iPhone pada Ahad lalu.
Menurut laporan Suara.com, difahamkan remaja perempuan itu mahu memiliki iPhone tetapi lelaki tersebut hanya mahu membelikan telefon bimbit Vivo sebagai hadiah.
Menerusi video dikongsi akaun TikTok @tio_saputra1812 itu, remaja perempuan tersebut dilihat beberapa kali memukul tangan kekasihnya dan ‘merengek’ seolah-olah kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan telefon bimbit yang diidamkan.
“Sayang nyebelin aku maunya iPhone bukan Vivo,” tulis kapsyen video berkenaan.
Malah, seorang pemuda yang duduk di belakang mereka juga kelihatan tersenyum sinis apabila melihat tingkah laku pasangan tersebut yang berlaku di khalayak ramai.
Tidak lama kemudian, remaja perempuan itu mengajak kekasihnya meninggalkan kedai telefon bimbit berkenaan selepas tidak menemui jalan penyelesaian.
Posting video itu meraih 374,000 tanda suka selain puluhan ribu komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap insiden berkenaan, namun dipercayai telah dipadam.
Rata-rata menyifatkan remaja perempuan tersebut tidak tahu bersyukur walaupun memiliki kekasih yang mahu menghargainya selain berasa simpati dengan lelaki itu yang pasti berasa malu selepas berlaku kejadian tersebut.
Sumber: Suara.com