“Dia Satu Dalam Sejuta”- Mas Khan Dedah Sebab Suka Pada Diana Nasimuddin

“Dia Satu Dalam Sejuta”- Mas Khan Dedah Sebab Suka Pada Diana Nasimuddin
Share

Hubungan mesra diantara pelakon Mas Khan dengan usahawan Diana Nasimuddin kini bukan lagi rahsia. Jika sebelum ini pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu dilihat seperti merahsiakannya, kini dia lebih terbuka mengenai hubungannya bersama Diana.

Terbaru, di Insta-story nya Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan,27 menjawab persoalan salah seorang pengikutnya mengenai faktor mengapa dia begitu menyukai anak kepada jutawan automotif terkenal itu.

“Apa yang istimewa mengenai Diana? Maksud saya apa yang telah dia lakukan atau miliki sehingga membuatkan anda menyukainya?” tanya seorang pengikut Mas Khan.

Baca Juga

Dedah pelakon ini, dia menyifatkan Diana adalah segala-galanya dan memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita yang diinginkannya.

“Dia adalah segala-galanya. Dia melambangkan kualiti yang saya ingin cari pada seorang wanita. Dia satu dalam sejuta. Mengambil berat, bijak, bersifat terbuka, matang, bersifat keibuan, berpenampilan tinggi, penyayang. Itu adalah dia” jawabnya.

Menjengah ke hantaran di laman Instagram miliknya, Mas Khan turut pernah berkongsi beberapa keping foto bersama Diana yang disertakan kapsyen istimewa buatnya.

Sebagai info, Diana merupakan salah seorang anak perempuan ahli perniagaan automotif terkenal, allahyarh4m Tan Sri Datuk Sri Utama Sheikh Mohammad Nasimuddin Kamal bin Sheikh Mohamad Amin.
close

Sumber Soya Lemon

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel