Foto Terkini Aktres Telenovela Marimar, Memang Tak Makan Dek Tua Langsung!
Saturday, June 5, 2021

Ada yang pernah menonton televisyen Amerika Latin, Marimar? Dilakonkan oleh aktres Thalia, telenovela ini pernah menjadi hit suatu ketika dahulu.
Selepas hampir sedekad ditayangkan, penampilan aktres ini langsung tak berubah dan masih ‘hot‘ seperti dulu walaupun usia sudah menginjak 49 tahun. Check foto terkini aktres Thalia di bawah!
Sedikit info tentang Thalia,
Thalía (lahir Ariadna Thalía Sodi Miranda, lahir di Ciudad de México, Mexico, 25 Ogos 1971 sekarang berumur 49 tahun) adalah seorang penyanyi dan aktres Mexico yang pernah mendapat nominasi Latin Grammy. Dia salah satu artis wanita yang paling terkenal di Mexico kerana siaran telenovela dan telah menjual lebih dari 25 juta album di seluruh dunia.