Gadis Berhijab Luah Rasa Sedih, Terpaksa Buka Tudung Atas Tuntutan Kerja
Sunday, June 6, 2021

Dilema antara tuntutan agama dan kerja, seorang gadis di Jawa Barat, Indonesia meluahkan rasa sedih apabila diminta untuk tidak mengenakan hijab ketika bertugas sebagai tugas cuci di sebuah syarikat.
Memetik laporan Suara.com, Fani Sulistiyani yang berkongsi video sehingga tular di platform TikTok bercerita bahawa dirinya memakai hijab dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.
Namun apabila mula melakukan kerja, dia terpaksa membuka hijabnya demi mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.
Rakaman berdurasi 18 saat itu memperlihatkan Fani di atas motosikal apabila pergi dan pulang dari kerja selain berkongsi saat dirinya membersihkan sebuah ruang di syarikat berkenaan.
Menurut komen netizen, mereka menasihat Fani agar berhenti daripada melakukan pekerjaan itu sekiranya rasa bersalah kerana dia perlu yakin dengan rezeki yang ditetapkan Allah SWT.
Bagaimanapun, difahamkan dia terpaksa meneruskan juga pekerjaan tersebut buat ketika ini kerana tidak berkelulusan tinggi dan terdesak dengan gaji yang diinginkan demi menyara kehidupan keluarga.
Sumber: Suara.com