Ibu Bayi Tertukar Dituduh Saja Buat Marketing

Ibu Bayi Tertukar Dituduh Saja Buat Marketing
Share

KUALA LUMPUR: Kecewa dengan tlndakan tidak bertanggungjawab pihak hspital, dua pasangan yang bayi mereka dikatakan tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam berhasrat mengambil tlndakan undang-undang.

Siti Suriani Wahiddin, 23, terkilan dan mendkwa pihak hospital menyerahkan bayinya kepada pasangan lain tanpa membuat pemeriksaan teliti.

“Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital. Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururwat bawa masuk ke bilik. Saya menyedari wajah lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Kami menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain,” kata Suriani seperti yang dilaporkan.

Baca Juga

Suriani dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman kemudian menghubungi h0spital dan mereka diminta ke hospital itu untuk proses pertukaran semula bayi.

“Pagi ini saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya harap pihak hospital bertanggungjawab dan saya akan merujuk kes ini dengan peguam untuk tlndakan susulan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ibu terbabit, Diana Hanani Abdullah, 23, turut kecewa dengan insiden itu yang menyebabkan emosinya terganggu.

Diana melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

Sumber Soya Lemon

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel