INGATKAN RUMAH TERBAKAR, RUPANYA TENGAH LAKUKAN SANTAU
Saturday, June 26, 2021

Tatkala kita kekal dirumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, kebajikan jiran yang tinggal berdekatan dengan kita juga harus dipantau. Lebih-lebih lagi bila ada sesuatu kecemasan yang berlaku.
Ada satu kejadian di satu apartment baru-baru ini dan jiran dari blok lain memanggil bomba untuk mengurusakan kecemasan itu. Disangkakan rumah jiranya terbakar kerana nyalaan api yang sangat terang, tapi lain pula yang berlaku lepas bomba sampai di tempat kejadian. Korang tengok rantaian tweet @iamajayrahman kat bawah ni untuk tahu apa yang pihak bomba jumpa.
Menurut penulis tweet tersebut, katanya ritual yang dilakukan adalah ritual santau. Min terpaksa blurkan muka dan nama mangsa untuk ritual ini untuk kebaikkan dan elak fitnah.
Rata-rata netizen merasakan apa yang dilakukan suspek sangat tidak bertamadun dan tak kurang juga ada yang marah akannya.
Sumber LobakMerah