“Korang duk mengata aku tergelek2. Anak aku pandai, dapat masuk UM..” – Kak KM Luah Rasa Teruja Anak Dapat Tawaran U

“Korang duk mengata aku tergelek2. Anak aku pandai, dapat masuk UM..” – Kak KM Luah Rasa Teruja Anak Dapat Tawaran U
Share
Anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli atau lebih popular sebagai Kak KM meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Nabila mendapat tawaran bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).

Menerusi sebuah video di laman Instagram, dia berbangga dengan pencapaian anaknya yang berusia 18 tahun itu selepas gigih berusaha sehingga memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

"Tahniah anak mama UM call. Nampak anak aku, pandai. Korang duk mengata aku, Kak KM tergelek-gelek. Anak aku pandai wei, dapat masuk Universiti Malaya. I love you anak mama."

Menerusi hantaran itu, anaknya Nabila difahamkan menerima tawaran menyambung pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Gembira dengan tawaran tersebut, Kak KM sekeluarga turut meraikan Nabila dengan sebiji kek dengan hiasan logo ‘Universiti Malaya’ di atasnya.

“Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah…. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganya rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni…

“Anak mama memang pandai sejak kecik lagi… Usia tiga tahun lebih dah pandai membaca. Dapat pelajar terbaik di sekolah,” katanya.
Difahamkan, anak sulungnya itu bakal menyambung pengajian bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan di bawah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCeD).

Bagi meraikan kejayaan tersebut, dia mengadakan sambutan kecil-kecilan dengan menghadiahkan sebuah iPhone dan sejumlah wang tunai untuk anak tersayang.

Pada April lalu, Kak KM berkongsi berita gembira di Instagram apabila mengesahkan dirinya sedang hamil anak keempat.

Sumber: Instagram Liana Rosli


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel