Langgar SOP: Mustapa mohon maaf dan antara 4 individu disiasat

Langgar SOP: Mustapa mohon maaf dan antara 4 individu disiasat
Share

Polis Daerah Jeli membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata. ahli Parlimen Jeli dan beberapa individu lain disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Katanya, pihaknya menerima satu laporan polis semalam susulan gambar berkenaan tular di media sosial.

“Bertindak atas laporan polis, kita membuka siasatan terhadap empat individu berkenaan termasuk Datuk Seri Mustapa dan pemilik kedai makan berkenaan kerana melanggar SOP (prosedur operasi standard) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca Juga

“Kita akan memanggil kesemua individu dalam gambar dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP termasuk pemimpin kerajaan,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular gambar Mustapa dan pegawainya serta pemilik kedai berkenaan sedang menjamu selera di sebuah kafe di Jeli.

Gambar berkenaan pada asalnya dimuat naik oleh pemilik kedai makan berkenaan di Facebook yang meluahkan rasa gembira atas kunjungan Ahli Parlimen berkenaan di premis miliknya.

Susulan tindakan berkenaan, gambar itu tular dan ramai yang mempertikai tindakan ahli Parlimen itu melanggar SOP apabila sedang makan di dalam kedai, sedangkan ia dilarang dalam tempoh PKP.

Mustapa malam tadi memohon maaf atas pelanggaran SOP ketika mengunjungi sebuah kafe di Kalai, Jeli.

close
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Mustapa turut menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Café, Kampung Kalai, kelmarin.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) malam ini mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan kehadiran Datuk Seri Mustapa Mohamed di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan, semalam.

Berikut kenyataan penuh tersebut:

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)
KENYATAAN MEDIA
KEHADIRAN DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED DI SEBUAH KAFE DI KAMPUNG KALAI, JELI.

Pada pukul 5.30 petang Sabtu, 26 Jun 2021, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah singgah di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat.

Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Cafe, Kampung Kalai, Jeli pada Sabtu lalu.

Berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut, Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka mengenai perkara ini.

Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)
10.10 malam 27 Jun 2021 PUTRAJAYA

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel