“Masih Ada Ingin Jatuhkan Dia..” – Video Tidak Senonoh Aliff Aziz Tular, Bella Astillah Beri Respon
Monday, June 28, 2021
Sebuah video lucah individu mirip seorang pelakon dan penyanyi tular dan kecoh di media sosial.
Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, seorang lelaki yang didakwa mirip dengan selebriti berkenaan dilihat dalam keadaan tidak berpakaian dan menunjukkan bahagian alat sulitnya di hadapan kamera.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dan telah diulang siar sebanyak 250 kali oleh netizen.
Dalam ruangan komen, terdapat netizen berpendapat rakaman tersebut merupakan video lama milik selebriti lelaki itu.
Untuk rekod, video tayang kemaluan didakwa milik beberapa selebriti lelaki tanah air juga pernah tersebar dalam media sosial sebelum ini.
Antara yang pernah menjadi mangsa ialah aktor, Zul Ariffin dan penyanyi, Aiman Tino.
Ini berekoran sebuah klip pendek yang tular di yang menampakkan si empunya badan berkelakuan tidak senonoh di dalam tandas.
Turut disebut sekali dek video berkenaan, Bella Astillah kemudiannya tampil memberikan respon kepada mStar mengenai video suaminya itu. Katanya, klip itu dirakam ketika Aliff masih lagi jahil hal agama.
“Video tu dah sangat lama yang sudah terjadi di masa lalu, saya tak nak tahu dan tak nak tengok pun zaman jahil dia. Waktu itu hati dia mungkin buta.”
Bella juga meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang masih cuba membuka aib Aliff meskipun lelaki itu sedang dalam fasa untuk berubah kini.
“Sekarang ini dia sedang cuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan. Tapi masih ada yang ingin menjatuhkan dia. Mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff… Wallahualam.”
Pun begitu, wanita itu menyatakan bahawa dia dan keluarga akan terus mendoakan yang terbaik buat Aliff.
“Bagi saya sekarang, perkara yang jauh lebih penting adalah saya dan keluarga akan terus mendoakan yang terbaik dan tidak akan berhenti memberikan sokongan 100 peratus kepada dia.”
SUMBER : mStar Online