Nak kaya kita kena berani dan giIa, kalau tak duduklah di takuk biasa-biasa, nasihat Kak KM
Tuesday, June 22, 2021

Siapa saja yang tidak kenal dengan Liana atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM, iaitu founder kosmetik yang juga anak kepada pelakon terkenal memberitahu setiap peniaga mempunyai cara mereka tersendiri untuk mempromosikan produk masing-masing. Menafikan caranya mempromosikan berbaur lucah, Kak KM berkata dia hanya bersikap jujur.
“Sebagai peniaga kita kena ada kelainan dan jika kita ingin tonjolkan sesuatu benda… kena ada caranya. Contohnya, ramai yang jual jamu tapi bila produk kita dah laris ada yang nak tiru dan jual benda yang sama."
“Korang boleh ada cara sendiri, tapi bagi saya, saya ada cara sendiri. Orang kata cara saya melucah, sebenarnya ia tidak lucah kerana saya lebih telus dalam penyampaian,” ujarnya kepada mStar.
Kak KM menegaskan jika mahu berjaya dan kaya dalam perniagaan seseorang itu perlu berani dan bersikap gila-gila. Dalam pada itu, Kak KM berkata tiada masalah menggunakan teknik pemasaran boleh mencetuskan kontroversi demi mempopularkan sebuah produk.
“Kalau nak kaya kena berani, kena g1la. Kalau kau tak gila duduklah di takuk biasa-biasa. Tekniknya, kita kena tahu apa yang kita jual, kena tahu keberkesanan produk dan kita sebagai pengasas mesti makan apa yang kita jual barulah orang percaya.
“Untuk zaman ini, memang kita meniaga dekat media sosial, kalau tak kena kecam tak viral, benda tu tak meletop dan orang tak kenal. Tapi apa salahnya. Saya tak minta dikecam, tapi kalau kau dah kecam Alhamdulillah. Benda tu secara tak langsung akan lakukan produk,” katanya. – Sumber Rotikaya