Netizen Geli Lihat Video Seorang Influencer Membiarkan ‘Pampers’ Kotor Anak Merata-Rata Di Dalam Rumah
Friday, June 11, 2021

Baru-baru ini kecoh di media sosial bila seorang influencer yang juga bekas pembantu peribadi Vivy Yusof, Iman Azman memuat naik video pendek reels di Instagram peribadinya.
Dalam video tersebut Iman yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak telah menunjukkan rumahnya sentiasa ada lampin pakai buang kotor yang dibiarkan bersepah dalam rumahnya.
Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak pampers ada dekat macam-macam tempat di rumah Iman ni, ada atas sofa, dalam kereta mainan anaknya, di atas lantai dan banyak tempat lain.
Ekoran ini, netizen yang melihat video ini telah meluahkan rasa jijiik dan geli mereka dengan keadaan rumah instafamous ini.
Selepas mendapat pelbagai kecaman dan kritikan dari netizen, Iman Azman telah pun memadam videonya itu dan mengunci akaun Instagramnya.