Patung Peneman Tidur Waktu Malam, Budak Suka Peluk Patung Kesayangan Serupa ‘Pocong’
Thursday, June 24, 2021

Tidak dinafikan lagi, anak patung cukup sinonim dengan kanak-kanak.
Biasanya, sebut sahaja tentang anak patung kanak-kanak ini pasti ramai yang terbayang rekabentuk patung yang comel, bermata bulat dan dihiasi dengan pakaian cantik dan berwarna-warni.
Namun begitu, lain pula bagi kanak-kanak perempuan berasal dari Indonesia ini yang mana kisahnya menjadi tular apabila ramai yang terkejut melihat patung kesayangannya.
Siapa sangka, kanak-kanak ini memilih patung yang agak ekstrem iaitu patung berupa hantu ‘pocong’ sebagai patung kegemarannya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah dia tidak kelihatan gerun langsung malah memeluk patung itu sambil tersenyum gembira ketika gambarnya diambil.
Peneman tidur di waktu malam..
Bukan itu sahaja, dia juga menjadikan patung ‘pocong’ itu sebagai peneman tidur di waktu malam!
Seperti ‘teddy bear’, dia akan meletakkan patung itu di sebelahnya sebelum tidur pada setiap malam.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkesima melihat patung kesayangan anak kecil ini.
Malah ada juga yang berasa hairan mengapa ibu bapa kanak-kanak itu memberikannya patung sebegitu sebagai permainan.
Mana tidaknya, jarang sekali kanak-kanak menyukai sesuatu yang dianggap sebagai menakutkan dan ngeri oleh individu lain termasuklah orang dewasa.