“Saya pun tak tahu di mana salah saya”- Dayang Areeda Kecewa Apabila Namanya Masih Belum Dikenali Biarpun Sudah Enam Tahun Bergelar Artis

“Saya pun tak tahu di mana salah saya”- Dayang Areeda Kecewa Apabila Namanya Masih Belum Dikenali Biarpun Sudah Enam Tahun Bergelar Artis
Share
Bintang drama bersiri Derita Untuk Bahagia (DUB), Dayang Areeda mengakui kecewa apabila namanya masih belum cukup dikenali biarpun sudah enam tahun bergelar artis.

Jelas Dayang, 27, dia bagaimanapun tidak berputus asa dan masih meletakkan impian untuk terbang lebih tinggi pada masa akan datang.

“Sudah enam tahun saya berada dalam industri namun saya akui nama saya masih kurang dikenali, mungkin belum rezeki saya. Apa yang saya boleh buat sekarang hanya tunjukkan bakat saya dan teruskan usaha.

“Nak kata kecewa sudah tentulah kecewa sebab saya bermula dari bawah, sebagai pelakon tambahan hingga sekarang berjaya memegang watak utama.

“Saya pun tak tahu di mana salah saya, mungkin ada kekurangan saya yang saya sendiri tak sedar atau tak nampak dan saya lupa nak beri tetapi saya berharap lakonan saya dapat membuka mata ramai dan mengharga kerja keras saya selama ini,” katanya kepada Gempak.

Anak jati Kudat, Sabah itu dalam masa sama teruja untuk menantikan respon daripada peminat drama bersiri Derita Untuk Awak yang baru memulakan tayangan sejak Isnin lalu.

Dalam drama terbabit, Dayang sekali lagi diberikan peranan sebagai pelakon antagonis bergandingan dengan Amar Baharin, Hafreez Adam dan Azar Azmi.

“Watak Intan pada asalnya seorang gadis yang baik dan lemah lembut namun k0nflik dengan keluarga dan rakan-rakannya mengubah dirinya menjadi seorang yang antagonis. Dia perlukan perhatian dan lebih mengervhkan keadaan apabila mengetahui ibunya selama ini bukan ibu kandung.

“Untuk melakonkan watak antagonis tidak ada masalah sebab sebelum ini pun ada beberapa kali peranan sama diberikan kepada saya. Paling penting fahamkan skrip dan study karakter, sebagai seorang pelakon mesti buat apa saja watak dan sentiasa bersedia,” tambahnya.

Sumber Soya Lemon

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel