(Video) Anak Dapat Lihat Kelibat Makhluk Halus, Lufya Omar Luah Kebimbangan
Friday, June 25, 2021

Pelakon Lufya Omar baru-baru ini ada menzahirkan perasaan bimbang apabila anak tunggalnya, Laana Haura mula menunjukkan gaya seperti sering ternampak makhluk halus di kediaman mereka.
Lufya telah berkongsikan mengenai perkara tersebut di laman Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.
Dia dalam pada itu turut meminta bantuan peminat tentang cara untuk mengatasi kebimbangan serta masalah tersebut.
LIHAT VIDEO
Ujar Lufya, anak perempuannya itu sering melarang beliau keluar ke balkoni kerana sering ternampak ‘sesuatu’ di kawasan tersebut.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat turut menyatakan pendapat dan idea tentang perihal tersebut.
Antara cara yang disarankan peminat adalah dengan sering mengalunkan ayat-ayat Al-Quran seperti surah Al-Kursi untuk mengelakkan penghuni rumah diganggu makhluk halus.
SUMBER : Instagram Lufya Omar, Beautifulnara