(Video) Melaram dalam rumah, ramai impikan badan langsing macam Intan Najuwa
Thursday, June 17, 2021

Meskipun perlu duduk di rumah berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), situasi itu tidak menghalang pelakon Intan Najuwa untuk tampil cantik dan bergaya.
Menerusi laman Instagram, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid memuat naik reels memaparkan dirinya tetap berhias dengan mengenakan beberapa jenis ‘outfit’ pelbagai warna.
Menerusi kapsyen, pelakon berusia 24 tahun itu bertanya warna pakaian mana yang menjadi kegemaran peminat dan pengikutnya sehingga meraih lebih 2,200 komen orang ramai.
“Which one is your fav colour?,” soalnya ringkas.
Rata-rata netizen memuji bentuk badan langsing pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu yang seolah-olah menjadi ‘body goals’ idaman bagi segelintir kaum wanita.