Viral Lelaki Serang Anggota Bomba Gara-gara Didakwa Lambat Tiba Untuk Padam Kebakaran

Viral Lelaki Serang Anggota Bomba Gara-gara Didakwa Lambat Tiba Untuk Padam Kebakaran
Share

Semalam, viral sebuah video di mana anggota bomba telah diserang oleh seorang lelaki sehingga tercedera sebab pasukan bomba tersebut didakwa lambat sampai ke rumahnya yang terbakar untuk memadamkan kebakaran.

Menurut Astro AWANI, kejadian itu berlaku pada petang semalam di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak. Anggota bomba yang sedang memadamkan api kebakaran itu telah diserang oleh lelaki terbabit dari belakang.

Dalam video yang viral itu, dapat dilihat seorang lelaki lain juga telah marah-marah dan membaling barang ketika bomba sedang giat memadamkan api.
Jadi, anggota bomba berkenaan telah melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian itu namun Harian Metro melaporkan bahawa laporan polis itu telah ditarik balik sebab katanya individu yang menyerang bomba itu telah meminta maaf dan menyesal atas perkara yang telah terjadi.

Khirudin Drahman iaitu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengatakan,

"Ini adalah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di negeri ini ketika bomba sedang bertugas,” katanya.


Video selama lebih kurang 50 saat itu telah viral di Twitter semalam dan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel