49 individu langgar SOP Solat Aidiladha direman
Wednesday, July 21, 2021

Seberang Perai – Seramai 49 warga asing termasuk seorang warga tempatan masing-masing direman antara tiga dan empat hari bagi siasatan lanjut berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa solat sunat Aidiladha di pekarangan Surau Taman Pelangi, Juru di semalam.
Perintah reman ke atas warga asing berusia 20 hingga 43 tahun itu bermula hari ini sehingga Sabtu ini, manakala suspek warga tempatan berusia 64 tahun direman sehingga Jumaat.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kesemua suspek yang dibawa dengan menaiki tiga buah trak polis tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10.10 pagi.