'Alhamdulillah, Dia Ingat Semua’- Aktivis Dedah Keterangan Bella Kini Sudah Diambil
Wednesday, July 14, 2021

Isu Bella, seorang remaja perempuan penghidap sindrom down yang disyaki didera sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi laman Facebook Zurianty Sudin, yang menyatakan bahawa kini keterangan Bella sudah diambil.
“Statement Bella dah diambil…Alhamdulillah. Bella strong girl. Budak bijak. Dia ingat semua. Dia sebut semua. Dia tak kena PTSD, seperti yang kita takutkan. Dia sangat KUAT. Maknanya mummy tak fitnah la kan.”- Zurianty Sudin
Zurianty Sudin turut meluahkan rasa sed1hnya terhadap aktivis kanak-kanak tersohor, Tuan Syed Azmi yang mementingkan kesihatan mental dan emosi pihak terbabit.
“Tapi sedih sikit harini, bila aktivis pelindung kanak-kanak tersohor masih lagi pentingkan kesihatan mental dan emosi pihak-pihak terbabit”
“Tak apalah. Sebelum jumpa Bella pun dia dah tahu. Tapi nak selamatkan Bella tak penting katanya…(tak dapat baca post full, baca dari kawan2 je, sebab awal-awal saya dah kena blocked”- Zurianty Sudin
Beliau turut bersyukur kerana satu Malaysia sayangkan Bella dan berharap kebenaran akan terungkai kelak.
Sumber Murai