Bayi setahun mati ditetak bapa saudara

Bayi setahun mati ditetak bapa saudara
Share

Kuala Selangor –  Seorang bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia akibat ditetak bapa saudaranya susulan pergaduhan yang berlaku antara ahli keluarga.

Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari tadi di sebuah rumah terletak di Kampung Parit Mahang, Jeram di sini, berkata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes bunuh berkenaan

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Baca Juga

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook memaklumkan bayi berkenaan dipercayai ditetak oleh bapa saudaranya.

Bagaimanapun, status berkenaan dipadam tidak lama kemudian dan mendapati seorang pemilik akaun Facebook memohon maaf di atas kenyataan yang dimuat naik.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara penghuni kediaman itu yang didakwa membabitkan adik beradik.

“Bagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan seorang ahli keluarga yang datang ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan telefon.

“Suspek berusia 20-an dikatakan keluar dari rumah berkenaan. Namun tidak lama kemudian suspek memasuki sebuah lagi rumah berhampiran dihuni adik iparnya.

“Dia kemudian menggunakan parang panjang untuk menyerang adik iparnya itu. Bagaimanapun parang panjang yang dilibas itu sebaliknya mengenai kepala bayi berusia setahun,” katanya.

close
Menurutnya, suspek sekali lagi cuba menetak adik iparnya itu namun berjaya ditahan ahli keluarga.

“Susulan itu mereka segera menghubungi polis sebelum penjenayah itu dapat ditahan tidak lama kemudian. Tidak dapat dipastikan sama ada penjenayah itu terbabit dengan aktiviti dadah,” katanya, lapor Harian Metro.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel