“Beli barang guna duit sendiri” – Cik B Curi Perhatian, Cari Rumah ‘Bendera Putih’ Untuk Beri Bantuan

“Beli barang guna duit sendiri” – Cik B Curi Perhatian, Cari Rumah ‘Bendera Putih’ Untuk Beri Bantuan
Share
Oleh kerana prihatin dengan mereka yang terkesan akibat pandemik ini, penyanyi yang meningkat naik Cik B, turut mengambil inisiatif untuk memberi bantuan barangan asas di sekitar Ipoh Perak.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya baru-baru ini, Cik B yang juga anak kepada jutawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida, memberi barangan keperluan tersebut bersama adik lelakinya Kacak.

Dalam satu video berdurasi hampir 6 minit, Cik B menyatakan hasratnya untuk membantu mereka yang terjejas. DSV yang teruja melihat keinginan Cik B, terus menyokong anaknya melakukan perkara mulia tersebut.

Menurut Dato Vida juga, Cik B membeli segala barang keperluan tersebut menggunakan duitnya sendiri.

Cik B menyatakan niatnya, untuk mencari rumah yang meletakkan bendera putih untuk diberikan bantuan tersebut. Selain itu, dia turut memberitahu yang dia memberikan bantuan tersebut di beberapa daerah seperti di sekitar Chemor, Chepor, Manjoi, Lembah Kinta dan Meru.

Melalui satu lagi posting yang dikongsikan, Cik B menunjukkan perjalanan sepanjang bantuan diagihkan. Walaupun berdepan sedikit rintangan akibat hujan, misinya untuk membantu mereka memerlukan tetap tercapai.
Namun apa yang menarik perhatian apabila mereka pergi ke sebuah rumah, di mana penerima bantuan itu sedang mengalami penyakit dan terlantar di atas katilnya. Isteri pesakit tersebut memberitahu bahawa mereka memerlukan banyak bekalan pampers dewasa untuk suaminya itu. Tanpa mengambil masa lama, Cik B terus menuju ke pasar raya berdekatan dan membeli sebanyak 10 bungkus pampers untuk diberikan kepada keluarga tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Cik B dan adiknya ini. Hingga ada yang menyatakan Cik B sebagai anak muda yang perlu dicontohi.

Sumber kredit Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel