Erma Fatima ‘Koyak’ Gara-Gara Pertahan Tindakan Carl Samsudin
Friday, July 30, 2021

Erma walau bagaimanapun tampil memohon maaf kerana terpaksa menutup ruangan komen Instagramnya disebabkan oleh tidak tahan melihat platform media sosialnya itu dihujani maki hamun daripada umum yang tidak menyukai pendapat peribadinya itu.
Ujarnya lagi, dia mempunyai prinsip yang tersendiri seperti tidak gemar menggunakan bahasa yang tidak baik dan tujuan dia berbuat demikian adalah kerana ingin meredakan emosi netizen yang ‘membara’ pada ketika ini berikutan kes tersebut.
"Ini bukan perkara yang bagus, itu toksik. Lagi pun isu Carl ni saya tak perlu jadi viral. Dah tua, rumah kata pergi kubur kata mari. Saya berbalik kepada niat asal buka Instagram untuk suka-suka dan buat perkongsian positif. Jadi saya minta maaf kerana Instagram saya bukan tempat bermaki-makian. Jadi saya terpaksa tutup komen untuk meredakan emosi anda semua."
Dia dalam pada itu mengakui dirinya agak ‘koyak rabak’ dengan sikap netizen yang bercakap mengenai kebiadaban usahawan tersebut namun tidak melihat diri sendiri yang turut sama melakukan perkara sedemikian rupa.
Terdahulu, Erma Fatima hebat dikritik netizen apabila dia tampil memberikan kenyataan seolah-olah mempertahankan Carl sekaligus mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga maya.
Sumber Beautifulnara