"Hat tua2 dok ataih kerusi roda pon di angkut untuk vaksin..” – Rita Rudaini
Sunday, July 11, 2021

Menerusi screenshot dari instastory pelakon tersebut, Rita mendakwa isu vaksin ini telah membawa perpecahan dalam keluarga serta ramai yang kini mula ‘berpuak-puak’ kerana golongan yang divaksin menggelar mereka yang tidak mahu divaksin sebagai ‘antivaksin.
Menurut satu lagi instastory yang dimuat naik pelakon ini, dia juga kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah anak ‘mengangkut’ orang-orang tua mereka untuk divaksin.
Malah pada pandangannya, apa ‘agendanya’ warga emas ini diberikan vaksin kerana mereka ini tidak larat pun untuk keluar melancong ke luar negara selepas divaksin.
Komen yang diberikan Rita berkenaan isu vaksin tersebut telah mengundang kemarahan segelintir netizen yang kemudiannya memilih untuk meluahkan di ruang komen Instagram pelakon itu.
Ramai yang mengatakan mereka tidak kisah jika pelakon itu tidak mahu dirinya divaksin, namun menjadi hak kepada anak-anak di luar sana untuk membawa ibu bapa mereka untuk divaksin kerana ingin melindungi mereka daripada wabak COVID 19 dan bukannya untuk tujuan bercuti.