"Hero Malaysia bertemu”- Jumpa di Gaza, ramai gembira lihat Caprice & Ebit Lew bersama

"Hero Malaysia bertemu”- Jumpa di Gaza, ramai gembira lihat Caprice & Ebit Lew bersama
Share
Berikutan dua personaliti terkenal Malaysia yang kini sedang menjalani misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini, ramai yang bertanya bilakah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice akan bertemu dan berganding bahu memberi bantuan kepada rakyat Palestin.

Nampaknya persoalan peminat akhirnya terjawab semalam apabila pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew dan Ariz Ramli itu berpeluang untuk bertemu di Gaza.

Perkhabaran gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Caprice menerusi sebuah video pendek yang dikongsi di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah sebab ramai dekat Malaysia tanya, finally dapat jumpe @ebitlew,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja mengetahui perkembangan kedua-dua personaliti dikenali ramai tersebut.


Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Ebit Lew dan Caprice dipermudahkan segala urusan saat menjalani misi kemanusiaan di Gaza.

Semoga dipermudahkan urusan Ustaz & Caprice di sana

Sumber ohmymedia.cc

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel