Kawat berduri di tangga PPR Kg Air Panas diarah buka serta-merta

Kawat berduri di tangga PPR Kg Air Panas diarah buka serta-merta
Share
Kuala Lumpur – Kawat duri yang dipasang di tangga blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di sini, diarah untuk dibuka serta-merta.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemasangan kawat duri itu tidak dibenarkan di rumah pangsa yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, pemasangan itu juga melanggar peraturan bangunan dan pihak berkuasa sudah diarahkan membuka kembali kawat duri.

“Kawat berduri tidak dibenarkan dipasang pada tangga rumah pangsa kawasan PKPD. Arahan buka serta-merta sudah dikeluarkan.

“Pemasangan yang merentasi tangga flat (rumah pangsa) tidak dibenarkan dan melanggari peraturan bangunan,” katanya dalam hantaran Twitter, malam ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan pemasangan kawat duri itu juga sudah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD kawasan berkenaan yang bermula hari ini.

Katanya, pemasangan kawat duri di laluan tangga Blok C bagi mengelak penduduk daripada keluar masuk dari kediaman masing-masing.

“Terdapat laluan lain yang boleh digunakan penduduk blok berkenaan bagi tujuan keluar dari blok sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM berkemampuan untuk membuka kawat duri dalam tempoh masa yang singkat,” katanya, lapor Harian Metro.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel