Olimpik Tokyo: Atlet Australia Dedah Guna Kondom Baiki Kayak, Berjaya Rangkul Pingat Emas & Gangsa

Olimpik Tokyo: Atlet Australia Dedah Guna Kondom Baiki Kayak, Berjaya Rangkul Pingat Emas & Gangsa
Share

Tak ubah seperti dalam siri televisyen MacGyver apabila seorang atlet Australia mendedahkan pasukannya menggunakan kondom yang diagihkan di Olympic Games Village untuk membaiki kayak yang digunakan beliau dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Lapor The New Indian Express, kayak yang dibaiki menggunakan kondom itu kemudiannya berjaya membantu atlet Jessica Fox untuk merangkul pingat gangsa dalam saingan Women’s Slalom K-1.

Tidak cukup dengan itu, Fox juga dilaporkan berjaya merangkul pingat emas pada saingan Women’s Slalom C-1 dengan menggunakan kayak sama.

Baca Juga

Menerusi klip pendek yang dikongsi Fox, 27, menerusi akaun TikTok miliknya, dapat dilihat kondom terbabit digunakan untuk mengekalkan campuran karbon di hujung kayak.
Untuk pengetahuan, Fox berjaya melengkapkan halangan K-1 dua saat lebih pantas daripada pesaingnya dengan menggunakan kayak yang dibaiki menggunakan kondom itu pada Selasa lalu. Namun, beliau akur dengan pingat gangsa yang diperoleh selepas menerima dua penalti selama dua saat.
Pada saingan C-1 pula yang berlangsung pada Khamis, Fox berjaya merangkul emas selepas mengalahkan atlet Mallory Franklin dari Great Britain.

Sebelum menyertai Olimpik Tokyo 2020, Fox pernah merangkul pingat perak pada temasya London Games 2012 dan pingat gangsa pada Olimpik Rio 2016.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel