Peguam UMNO bebas tuduhan pengubahan wang haram RM15 juta
Friday, July 30, 2021

Kuala Lumpur – Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian, selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik ketiga-ketiga pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam, selepas beliau bersetuju untuk kesemua kesnya dikompaun.
“Berdasarkan permohonan dari timbalan pendakwa raya dan kompaun yang telah dijelaskan dalam kes ini, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada ketiga-tiga pertuduhan. Wang jaminan (RM200,000) dipulangkan,” kata Suzana, lapor Bernama.