Rupa-rupanya dah 5 bulan ambil dadah. Netizen perasan wajah terbaharu Nia Ramadhani cengkung dan pucat

Rupa-rupanya dah 5 bulan ambil dadah. Netizen perasan wajah terbaharu Nia Ramadhani cengkung dan pucat
Share
SUSULAN berita penahanan Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie, netizen di laman Instagram mula berkongsi foto terkini pelakon terkenal itu yang kelihatan pucat.

Memetik laporan Liputan6, foto memperlihatkan Nia memakai baju berwarna merah jambu itu diambil ketika dia merakam video yang dimuat naik di laman Instastory miliknya baru-baru ini.

Tidak sekadar pucat, pipi pelakon yang popular dengan watak ‘bawang merah’ itu juga kelihatan sangat cengkung dan matanya lesu.

Rata-rata netizen mendakwa penampilan terkini Nia yang kelihatan sangat berbeza itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam polis Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis mengesahkan Nia dan suaminya positif dadah jenis Metamfetamina atau syabu menerusi ujian air kencing.

Pasangan itu ketika ditahan di Balai polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia, turut mengaku mengambil dadah jenis itu sejak lima bulan lalu.

Selain pasangan tersebut, pemandu peribadi mereka turut didakwa mengambil syabu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.

Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong), ” katanya.

Sementara itu, polis turut melakukan ujian terhadap rambut dan darah Nia dan Ardi untuk mengesahkan hasil dari ujian urin mereka.

Pihak polis juga masih menyiasat perkembangan kes tersebut dan memb.uru pihak yang bertanggungjawab meng.dar bahan terlarang itu kepada Nia.

“Pasti ramai yang bertanyakan apa motif daripada pelaku ini. Kalau dari maklumat awal ketika pandemik ini si suami isteri berdepan tekanan kerja yang banyak. Itu alasan klasik.

“Tapi kami akan terus menyiasat apa yang diberitahu dan akan menjejak dalang di sebaliknya. Apa kemungkinan dia juga membekalkannya kepada artis atau public figure lain, ” ujarnya.

Terdahulu, hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan CNN, penangkapan pasangan ini disahkan oleh Ketua p0lis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis.

Sumber mstar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel