'Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew
Thursday, July 22, 2021

Semalam, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL), akhirnya tampil ‘bersuara’ dan membuat laporan polis susulan kontroversi isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini. Ebit pada masa yang sama turut menyangkal segala dakwaan yang telah dilemparkan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman.
Menurutnya, orang ramai hanya mendengar dari satu sumber sahaja iaitu dari Nadir Al-Nuri. Tujuan Ustaz Ebit Lew untuk pergi ke Gaza adalah hanya untuk membantu mereka yang memerlukan serta niatnya hanya untuk Allah SWT dan segala pembelanjaan di sana, dia memakai duitnya sendiri dan tidak pernah membuka tabung untuk pergi ke Gaza.
Ujarnya lagi segala kata-kata yang Nadir telah menguriskan hati Allahyarham bapanya, namun Ebit Lew telah memaafkannya kerana dia merupakan individu yang baik.
"Saya dapat mesej orang panggil saya penunggang agama, dajjal, babi makan duit haram. Ada orang mesej anak saya, ada orang mesej isteri saya."
"Saya pergi sana dengan duit sendiri dan saya tak pernah buka satu tabung pun untuk pergi ke Gaza. Saya pergi dengan sahabat yang sangat rapat dan rakan-rakan di Facebook. Sepatutnya siapa yang perlu jawab duit RM20 juta tu? Patutnya Nadir Al-Nuri yang menjawab kat mana RM20 juta tu berada."
Tambah Ebit Lew lagi, dia pergi ke Gaza menggunakan duit sendiri serta hasil bantuan beberapa rakan baik di Malaysia.
Sumber : Ustaz Ebit Lew