‘Saya Terberak & Terkencing’ – Viral Video Wanita Tunggang Motosikal Separuh Bogel
Tuesday, July 27, 2021

Menerusi video tersebut, perakam video berkenaan mempersoalkan tindakan wanita itu yang keluar rumah tanpa berseluar. Menurut wanita tersebut, dia mempunyai masalah membuang air besar dan air kecil semasa kejadian. Wanita tersebut turut meminta RM1 kepada perakam ketika kejadian. Ujar perakam, dia meminta wanita tersebut segera pulang ke rumah dan memakai seluar terlebih dahulu.
"Saya terberak dan terkencing. Saya tak sihat. Saya datang bulan. Saudara belanja saya, bagi duit. Saya duduk depan ni sahaja. Emak patah kaki dalam rumah. Ayah dah meninggal. Saya anak yatim. Ada RM1 tak? Saya keluar darah."
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, beliau tidak menolak kemungkinan wanita tersebut mengalami masalah gangguan mental. Tambah Fakhrudin, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung hal tersebut dan usaha mengesan wanita berenaan sedang giat dijalankan.
"Buat masa ini kami masih dalam proses mengenal pasti identiti wanita tersebut."
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian