Sokong Perarakan #Lawan, Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Di Facebook

Sokong Perarakan #Lawan, Edika Yusof Teruk Dikecam Netizen Di Facebook
Share

Pelakon senior, Edika Yusof dikecam netizen di Facebook gara-gara meninggalkan komen seperti menyokong perarakan #Lawan yang diadakan pada pagi tadi.

Perarakan yang diadakan bagi mendesak seluruh menteri Kabinet meletakkan jawatan itu dilaporkan berlangsung di Ibu Negara, Kuala Lumpur.

Edika difahamkan telah meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook di mana dia menganggap perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili suara rakyat yang berani untuk mendesak kerajaan tidak mempunyai kredibiliti ini berundur dan meletakkan jawatan.

Baca Juga

Pelakon filem lagenda Maria Mariana itu juga merasakan perarakan itu selamat kerana ia dilakukan di kawasan terbuka dan selamat serta peserta juga mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.

Walau bagaimanapun, pendapat yang disuarakan Edika itu tidak mendapat sokongan yang sewajarnya daripada pengguna media sosial Facebook kerana ramai pula yang menghentamnya dan menyifatkan pelakon itu sebagai ‘tidak punya otak’.

Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu berpakaian hitam yang membawa tanda pagar #lawan telah diadakan pada jam 10 pagi tadi bermula dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.

Perarakan itu diadakan bertujuan mendesak agar seluruh menteri Kabinet melepaskan jawatan kerana didakwa gagal menangani wabak COVID-19 sejak hampir dua tahun yang lalu.

Sumber penulisan Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel