“Tanggung semua dosa rakyat yg meninggal” – Hilang Ahli Keluarga Sebab Kerja Kilang, Individu Luah Kemarahan Pada Anak Azmin Ali
Wednesday, July 14, 2021

Sejak kebelakangan ini, nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi sebutan rakyat dan turut terpalit dalam isu itu adalah anak-anak beliau.
Seperti baru-baru ini, viral sebuah posting di media sosial menunjukkan beliau melawat Hagia Sophia di Turki dan timbul kekecohan apabila anak beliau didakwa turut berada di negara itu bersamanya.
Selepas nama mereka menjadi bualan netizen, anak perempuannya, Amira Azmin telah memuat naik sebuah gambar di Twitter bertujuan untuk membuktikan hanya bapanya berada di Turki dan mereka sekeluarga tidak bersamanya.
Bagaimanapun, menerusi posting gambar itu seorang individu dilihat meluahkan rasa sedih, kecewa dan marah terhadap Menteri Kanan itu serta seluruh ahli keluarganya. Perkongsian individu itu telah mendapat perhatian netizen apatah lagi ia membabitkan nyawa dan Covid-19.
Berdasarkan tweet itu, individu tersebut berkata dia telah kehilangan ahli keluarganya disebabkan terpaksa pergi kerja di kilang yang masih beroperasi. Bukan itu saja, dia turut meluahkan tentang keadaan semasa di Malaysia disebabkan Covid-19 ketika ini, di mana terlalu ramai keluarga alami perkara yang sama dengannya.
"Aku dah hilang ahli keluarga aku yang dipaksa pergi kerja di kilang sebabkan bapak kau. Kau tangkap gambar senyum senyum macam ni, tak fikir ke rakyat hilang orang disayangi dan tak mampu nak senyum dah.”
"Mampu kau tanggung pahit sedih kami sekeluarga? Bukan kami sekeluarga sahaja. Beribu-ribu keluarga luar sana alami apa aku rasa.”
Tweet individu tersebut telah mendapat lebih 2,600 retweets dan ramai yang membalas perkongsiannya itu dengan mengucapkan takziah kepadanya sekeluarga. Ada yang turut berkongsi kisah lebih kurang sama sepertinya dan bersimpati dengan mereka yang lalui nasib yang sama.
Sumber Lobak Merah