“Terima kasih” – Itu kata Mastura selepas terus dihentam walau dah minta maaf secara terbuka

“Terima kasih” – Itu kata Mastura selepas terus dihentam walau dah minta maaf secara terbuka
Share
SELEPAS memohon maaf secara terbuka ekoran kontroversi membabitkan isu bantuan kepada penduduk di kawasan parlimennya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid memuat naik satu posting mengucapkan ‘Terima Kasih’ di laman Facebook.

Bagaimanapun ucapan tersebut tidak disusuli sebarang kenyataan lanjut kepada siapa ia ditujukan.

Dalam perkongsian berasingan di laman Facebook, Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu mengulas satu posting yang dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Rashidah Ismail berkaitan fitnah.

“Ye YB. Di dalam usaha kita membantu rakyat, inilah yang kita terpaksa harungi. Tapi yang pasti kebenaran itu pasti. Selamat berjuang YB Shida Ismail,” tulisnya.

Mastura terdahulu menjadi sasaran netizen susulan tindakannya memuat naik video serta kenyataan di laman Twitter, memaparkan penjelasan daripada sebuah keluarga berhubung dakwaaan tidak mendapat bantuan sehingga kela.paran.

Menerusi posting tersebut, Mastura meminta orang ramai mendengar penjelasan daripada wanita bernama Kak Wati, di mana kisah kesempitan keluarganya diluahkan oleh seorang pemanggil di stesen radio Suria FM minggu lalu.
Dalam video temu bual yang disertakan bersama posting Mastura, Kak Wati menafikan dakwaan pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Din Kuala, konon keluarganya pernah terputus bekalan makanan sehingga anaknya kelaparan.

“Dalam usaha kita semua membantu mereka alami kesulitan, malangnya ada pihak yang membuat cerita dan menyebarkan berita palsu tentang bantuan melalui temu ramah radio.

“Kami sangat kesal dengan mereka yang mengambil kesempatan dalam perkara sebegini dan harap ianya tidak berulang lagi agar kita dapat terus membantu mereka yang benar memerlukan,” tulisnya.

Susulan kenyataan tersebut, Mastura menerima kecaman teruk kerana dilihat seolah-olah cuba ‘membersihkan’ namanya.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul turut tampil menegur wakil rakyat Umno itu.

Menurut Syed Saddiq, Mastura sepatutnya ‘datang, bantu dan pergi’, bukannya mengambil tindakan menemu bual keluarga yang berkenaan.

Dalam ruangan komen di media sosial, netizen turut mengaitkan nama Mira Filzah yang juga menantu kepada Mastura.

Menyedari dirinya menjadi sasaran, Mastura tidak lama kemudian membuat permohonan maaf dan mengharapkan semua pihak kembali fokus membantu rakyat yang terkesan dengan cabaran covid-19.

Sekalipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, ibu mentua Mira Filzah itu terus menerus menerima kecaman netizen.
"Dah buat baru minta maaf. Ya Allah kesiannya jadi orang miskin… dimalukan. sedihnya rasa.

“Sesama rakyat juga yang prihatin. Kalau kami tak suarakan kebimbangan kami, mungkin YB pun entah bantu ke tak.

“Jadikan ini sebagai pengajaran untuk berkhidmat dengan ikhlas,” demikian antara komen netizen.

Sumber Soya Lemon

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel