“The War Is On” – Zarina Anjoulie Saman Anggota Polis Wanita

“The War Is On” – Zarina Anjoulie Saman Anggota Polis Wanita
Share
Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie menerusi hantaran di laman Instagram nya sebentar tadi mendedahkan telah membuat laporan polis terhadap seorang anggota polis wanita.

Anju Saman Polis 
Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, dia juga akan mengambil tindakan saman terhadap anggota polis tersebut kerana kecewa dengan sikap serta inginkan keadilan terhadapnya.

Bagaimanapun, punca dia mengambil tindakan undang-undang tersebut tidak dinyatakan. 

“Anggota polis wanita IPD yang bakal saya akan saman.. dimanakah intergriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? saya bimbang adakah nanti org lain akan kena senasib dengan saya juga? saya takkan berdiam diri saya akan viral kan habis habisan sampai saya dapat keadilan yg saya deserve” tulis Anju.


Dalam perkembangan lain, selebriti yang juga usahawan ini meminta bayaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana wartawan yang ingin menemuramahnya. Jelas Anju, dia telah mengenakan bayaran tersebut dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan kisah yang tidak tepat mengenai dirinya sejak kebelakangan ini. Namun, hantaran tersebut telah dipadam tidak lama kemudian.

Terdahulu, Murai.my melaporkan nama Anju dikaitkan dengan penahanan pihak polis terhadap seorang pelakon wanita di Nilai, Negeri Sembilan yang dikatakan terbabit dengan pengambilan dadah. 

Menerusi laman Instagram live nya pada Rabu, Anju menafikan bahawa dirinya telah ditahan dan akan memberi wang tunai RM1000 buat mereka yang berjaya membuktikannya.

 

Sumber : Murai my

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel