'Umur berapa? Masa muda dulu menyesal tak main-main' – Netizen Bengang Dengan Cara Founder Persoal Warga Emas Depan Orang Ramai

'Umur berapa? Masa muda dulu menyesal tak main-main' – Netizen Bengang Dengan Cara Founder Persoal Warga Emas Depan Orang Ramai
Share

Mungkin niatnya untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada orang, namun ramai yang kurang senang apabila melihat caranya itu.

Satu video yang kini tular di media sosial menunjukkan individu yang dipercayai pengasas dalam satu perniagaan bertanyakan soalan kepada warga emas dikritik netizen.

Video berdurasi 55 saat itu yang asalnya dikongsikan salah seorang influencer yang dikenali sebagai Jofliam menerusi IG Story ini telah tular sehingga meraih hampir 7,000 jumlah perkongsian di Twitter dalam masa 4 jam ia telah dikongsikan.

Baca Juga

Dilihat pengusaha tersebut seperti ada memberikan taklimat di sebuah pusat gelandangan, pengusaha tersebut ada bertanyakan kepada seorang lelaki warga emas mengenai kehidupan silamnya.

Malah, dia juga dipercayai mempersoalkan samada warga emas itu menyesal atau tidak semasa muda-muda dahulu sebelum bertanyakan soalan yang sama kepada orang lain.

Sementara itu, ramai netizen beranggapan yang lebih kurang sama, ada juga yang menegur bahawa niatnya itu murni cuma cara itu mungkin tak kena, malah ada yang anggap tindakan mempersoal kisah silam hidupnya itu juga tidak wajar lakukan.

close
Sumber Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel