Vaksin AstraZeneca Mampu Beri Perlindungan Dari Covid-19 Seumur Hidup – Kajian

Vaksin AstraZeneca Mampu Beri Perlindungan Dari Covid-19 Seumur Hidup – Kajian
Share

Dalam perang melawan virus Covid-19, pelbagai usaha dilakukan termasuklah pemberian vaksin. Kajian baharu mendapati individu yang menerima vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca akan mendapat perlindungan kuat yang boleh bertahan seumur hidup.

Memetik laporan Berita Harian, teknologi yang digunakan dalam penghasilan vaksin tersebut mewujudkan ‘kem latihan’ sel dalam tubuh penerima bagi mencari dan memusnahkan virus, termasuk varian baharu.

Selain menghasilkan antibodi yang mematikan virus, ini juga bermakna tubuh boleh terus menghasilkan sel penting dalam tempoh yang lama dan mungkin sepanjang hayat penerima.

Kajian saintis dalam jurnal Nature dari Oxford dan Switzerland berkata, perlindungan sel-T adalah ciri utama untuk vaksin yang menggunakan teknologi vektor adenovirus seperti AstraZeneca dan Johnson & Johnson. Sel-T yang dihasilkan daripada ‘kem latihan selular’ itu memiliki tahap kecergasan yang sangat tinggi.

Baca Juga


Kajian terdahulu menunjukkan vaksin Oxford-AstraZeneca lebih berkesan untuk menghasilkan Sel-T berbanding vaksin mRNA seperti Pfizer dan Moderna.

Sumber Berita Harian

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel