Varian Delta Boleh Tersebar Dalam Masa 15 Saat & Boleh Dijangkiti Melalui Udara – Dr Noor Hisham

Varian Delta Boleh Tersebar Dalam Masa 15 Saat & Boleh Dijangkiti Melalui Udara – Dr Noor Hisham
Share
Varian baru Covid-19 adalah sangat mudah berjangkit dan boleh tersebar melalui udara secepat 15 saat kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya, peningkatan kes sejak 26 Jun lalu kebanyakannya adalah disebabkan oleh varian Delta dan turut meminta agar orang ramai mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

"Sebelum ini, kadar jangkitan virus normal adalah di antara 2.5 and 3.0 (r0) tapi bagi varian Delta dan varian baru yang lain, kami dapati kadar jangkitannya lebih tinggi iaitu di antara 5.0 dan 8.0

Ini bermakna, jika ada 100 orang dijangkiti dalam masa yang singkat, ia boleh menjangkiti seramai 500 ke 800 orang lain.”

Selain itu, Dr Hisham turut mengatakan yang virus ini juga boleh berkembang dengan cepat dan pakar menjangkakan yang virus ini boleh menjangkiti orang terdekat yang berada pada jarak kurang dari 1 minit dalam masa 15 saat.

Kerana ini, Dr Hisham menekankan kepentingan vaksin dan mengambil Labuan sebagai contoh kerana sebelum ini Labuan mempunyai kes tertinggi tapi kini dah dilihat menurun kerana kerajaan di sana mempercepatkan proses vaksinasi.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel