“Was-Was Sikit. Takut Dia Beli D*dah” – Wardina Safiyyah Terkilan Dedah Keadaan Arwah Benjy Semasa Di Lokap
Monday, July 12, 2021

Wardina Safiyyah bersyukur kerana sebelum ini dia dah membantu tak pernah sesekali menyisihkan Benjy Ibrahim semasa allahyarham menghubunginya sebelum ini.
Kata Wardina, dia sangat sedih dengan pemergian Benjy dan memahami kesusahan arwah yang menanggung derita bersendirian di penjara Indonesia.
“Memang waktu dia hubungi saya untuk bantuan, saya ada was-was sikit. Takut dia beli dadah. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warga negara."
“Tak banyak pun sebenarnya. Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar ikut masa, dia dibelasah. Dia sangat terdesak. Bukan mudah nak mengemis pada orang."
“Saya taklah terkilan sangat kerana saya dapat juga bantu Benjy dan tidak sisihkan dia.
“Disebabkan itulah, dia cakap terima kasih kerana tidak sisihkan dia seperti orang lain. Sedihnya. Dia meninggal sendirian tanpa keluarga di negara lain. Moga Benjy tenang di sana,” katanya seperti dipetik di Harian Metro.
Wardina juga ada berkongsi cebisan rasa tulisan Benjy yang sangat menyentuh perasaan.
“Cebisan rasa Benjy dalam penjara. Dia menulisnya dengan begitu baik. Penguasaan bahasa inggerisnya cemerlang. Itulah saya memilih untuk kekal mengingatinya.
“Saya kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telefilem Kepulangan arahan Subaimi Baba. Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahummafirghlahu warhamhu wa’afini wa’fuanhu.”
Al-fatihah untuk Benjy.
Sumber : Cari