“Aik takkan tak dapat trace lagi” –Sajat Muat Naik Video Divaksin, Netizen Tertanya-tanya Di Mana Sajat

“Aik takkan tak dapat trace lagi” –Sajat Muat Naik Video Divaksin, Netizen Tertanya-tanya Di Mana Sajat
Share
Tidak lama dulu, kecoh di media sosial akan ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes tanpa sebab pada 23 Februari lalu.

Sejak dari itu, ada di kalangan netizen mula ‘menyiasat’ di mana keberadaannya kerana hingga kini pihak polis masih belum berjaya menahan usahawan ini.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini menerusi akaun TikTok, Sajat telah memuat naik video dia sedang divaksin oleh petugas kesihatan.
Menerusi kapsyen video tersebut, Sajat ada menulis beberapa hashtag termasuklah jenis vaksin yang diambilnya iaitu Pfizer dan Moderna.

Video tersebut telah menimbulkan persoalan di kalangan netizen yang mana rata-rata agak pelik bagaimana Sajat masih tidak dapat ditemui atau ditahan pihak polis sedangkan dia boleh divaksin dengan bebas di fasiliti kesihatan.
Walau bagaimanapun, bagaikan Detektif Conan, netizen akhirnya meneliti video tersebut dan mendapati sebenarnya Sajat tidak mengambil vaksin di Malaysia.

Menurut salah seorang netizen, menerusi video itu dapat dilihat soket plug yang kelihatan sangat berbeza dari Malaysia dan didakwa itu adalah soket dari negara Thailand.

Malah ada di kalangan netizen juga mendakwa, hanya Thailand saja yang mengambil vaksin Pfizer dan Moderna serta mencampurkan penggunaan dua vaksin tersebut. Sebab itulah Sajat menggunakan hashtag dua jenis vaksin itu.
Sumber: Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel