"Aku Akan Sound Munkar Nankir.." Diva AA Dikecam Biadab Dan Mempermainkan Agama
Sunday, August 15, 2021

Video temubual tersebut difahamkan adalah sebuah video ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu telah ditanyakan soalan yang dihantar pendengar podcast terbabit yang berbunyi “Apa persiapa Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”
Dia kemudian menjawab soalan tersebut dengan bersahaja namun dianggap keterlaluan oleh netizen kerana seperti sedang mempermainkan agama.
"Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu"
Ia kemudian disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan siaran temu bual secara dalam talian itu.
Bukan sahaja netizen, malah ia turut menarik perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik kembali video berkenaan dengan kapsyen berbaur kecewa dan sedih dengan perlakuan tersebut.
Malah, video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi.
“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaib. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astagfirullah! Gerun mendengarnya.” tulis pendakwah berkenaan.
Rata-rata pengguna media sosial turut merasakan bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana dapat dapat memesongkan akidah.
SUMBER : Instagram Fedtri Yahya
Kredit: Beautifulnara