Al-Fatihah dan Takziah. Setelah 45 hari bertarung, isteri Badrol Shah akhirnya meninggal dunia
Thursday, August 26, 2021

Selepas lebih satu bulan bertarung nyawa melawan virus Covid-19, isteri Badrol Shah, Farah Shila Mazlan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.15 pagi semalam (27 Ogos).
Badrol Shah yang mesra disapa Bad, memuatnaik posting di Instagramnya untuk memaklumkan berita pemergian isteri tercinta.
Bagaimanapun menurut pelakon yang kini sedang berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman memaklumkan lokasi jenazah isterinya belum dapat dipastikan lagi.
Terdahulu, berita kematian isterinya pernah diumumkan Bad sendiri pada tanggal 10 Ogos, namun setelah berlaku salah faham pelakon itu menjelaskan khabar tersebut adalah tidak tepat.
Dia dihubungi oleh doktor yang berbeza menyebabkan Bad tidak sengaja memuatnaik berita yang mengelirukan.
“Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.
“Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza,” katanya.
Bad sekeluarga termasuk empat anak sudah selesai menjalani kuarantin selepas mereka disahkan dijangkiti Covid-19.
Sumber: Ridzuan Abdul Rahman/Harian Metro