Buat konten ziarah kubur Siti Sarah, influencer tak sensitif dikecam netizen

Buat konten ziarah kubur Siti Sarah, influencer tak sensitif dikecam netizen
Share
Pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissuddin disebabkan Covid-19 semalam sememangnya membuatkan ramai peminat Tanah Air turut berduka.

Lebih memilukan adalah allahyarham ‘pergi’ selepas beberapa hari melahirkan anak keempatnya dan meninggalkan sang suami serta tiga lagi anak-anak yang masih kecil.

Walau bagaimanapun, suaminya, Shuib Sepahtu dilihat sangat tabah dan berjanji akan menjaga keempat-empat anak mereka dengan sebaiknya sehingga mereka yang mendengar turut menitiskan air mata.

Namun begitu, dalam kedukaan keluarga Shuib menerima ujian yang berat ini, masih ada lagi insan yang cuba menggunakan ‘tragedi’ keluarga mereka sebagai konten.

Kekesalan tersebut disuarakan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ashraf_suhaimi apabila memuat naik screenshot video yang dimuat naik seorang influencer apabila membuat konten menziarahi pusara allahyarham Siti Sarah.
Perbuatan tersebut nyata membuatkan warganet marah apabila merasakan tindakan dilakukan influencer terbabit sangat tidak beradab kerana ia melibatkan perasaan orang lain.

Rata-rata meninggalkan kecaman di ruangan Twitter @ashraf_suhami yang bertanyakan hal sama kepada influencer tersebut berkenaan rasa sensitifnya terhadap isu kematian.

Walau bagaimanapun, influencer tersebut  telah membuat permohonan maaf di ruangan IG story miliknya dengan mengakui tersilap langkah apabila membuat video berkenaan kematian seseorang.

Dia juga telah memadam video tersebut di saluran YouTubenya dan memaklumkan tidak berfikir jauh ketika membuat konten itu.
Sumber: Twitter @ashraf_suhaimi
Kredit: Ohmymedia.cc

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel