Cikgu Tuntut RM 1 Juta Sebagai ‘Pernyataan Fitnah’ Dekat Murid Pasal Pernah Viralkan Buat Lawak Rogol Dalam Kelas
Wednesday, August 4, 2021

Disebabkan ia timbul rasa selesa perkongsian itu telah dikongsikan ke media sosial dan meraih perhatian netizen, rata-rata bengang dengan tindakan guru tersebut.
Disamping itu, isu ini pernah menjadi hangat sehinggakan ramai pihak buka mulut membahaskan isu ini.
Setelah beberapa bulan berlalu, Malay Mail hari ini melaporkan bahawa pelajar terbabit yang dikenali sebagai Ain Husniza Saiful Nizam telah menerima satu surat tuntutan bernilai RM 1 juta oleh guru terbabit atas perbuatan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Perkara itu disahkan oleh bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab. Ia menjadi persoalan kepada Saiful Nizam tujuan dia melakukan tindakan sedemikian sedangkan Ain tidak ada menyatakan identiti pelaku secara spesifik dan tidak menyatakan sekolah mana.
“Surat isu diisukan oleh cikgu tersebut atas tuduhan fitnah, padahal kami tak pernah dedahkan nama dia dan nama sekolah,” katanya.
Ain ada muat naik tweet menyatakan hal tersebut, katanya dia diberi masa 7 hari untuk semua tuntutan itu termasuklah wang ganti rugi itu.
hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas "pernyataan-pernyataan fitnah"
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.
all i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan :') #MakeSchoolASaferPlace
Tweet tersebut telah meraih 8,000 jumlah perkongsian sepanjang masa 2 jam ia dimuat naik. Rata-rata netizen memberikan sokongan moral kepada Ain.
Untuk rekod, Mei lepas, Kementerian Pendidikan ada menyatakan bahawa guru yang terlibat dalam kejadian Ain akan dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Selangor sementara menunggu siasatan polis.
Ain juga membuat dua laporan polis terhadap rakan sekolah kerana mengancamnya dengan pemerkosaan setelah dia didedahkan. Dia kemudian menariknya setelah pelajar dan keluarga mereka meminta maaf.
Sumber Lobak Merah (Izuan J)