Didakwa Persenda Tugas Malaikat, PU Syed Tegur Azwan Ali
Sunday, August 15, 2021

Lebih mengecewakan apabila penyampai radio turut tertawa selepas mendengar jawapan yang diberikan itu. Difahamkan insiden berlaku ketika pengacara ini muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.
Video viral tersebut bukan sahaja menerima perhatian pengguna media sosial, malah Pencetus Ummah, PU Syed turut dilihat memberikan teguran. Jelas PU Syed, perbuatan itu adalah melampau, sesat dan memalukan agama tidak kiralah sama ada dia bergurau ataupun tidak. Malah, malaikat bukanlah makhluk yang boleh dibuat gurauan atau sendaan.
"Persoalan malaikat ni bukan persoalan yang kecil bahkan malaikat bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan."
Dalam hantaran itu, PU Syed turut menegur penyampai radio yang menjadikan soalan berkaitan agama itu sebagai bahan lawak. Juara Pencetus Ummah musim ketiga ini dalam masa yang sama mengajak orang ramai mengenali bagaimana sifat Munkar dan Nakir untuk pengajaran bersama.
PU Syed juga memohon pengacara ini supaya bertaubat dengan segera di atas ketelanjuran yang telah dilakukan. Difahamkan, video tular ini adalah video lama dan dirakam lebih setahun yang lalu.