Faezah Elai Dituduh Cucuk ‘Botox’ Di Wajah, Rupa-Rupanya Ini Puncanya

Faezah Elai Dituduh Cucuk ‘Botox’ Di Wajah, Rupa-Rupanya Ini Puncanya
Share

Pelakon jelita, Faezah Elai nampaknya telah mencuri perhatian netizen apabila wajahnya kelihatan lebih cantik daripada sebelumnya.

Ujar netizen, hidung dan pipi Faezah nampak lebih menawan sekaligus menimbulkan dakwaan dia melakukan rawatan kecantikan iaitu suntikan botox di wajah.
“Awat cek tengok muka hampa macam lain..tepi hidung pipi tu lain macam, cek suka muka hat lama nampak lawa..” tulis seorang warga maya di laman Instagram Faezah.

Baca Juga

Enggan mendiamkan diri, pelakon filem Adik Manja Returns itu walau bagaimanapun menjelaskan perubahan wajahnya adalah disebabkan oleh alahan ubat yang diambilnya.

Katanya lagi, dia mengalami alahan ubat jenis paracetamol namun terpaksa mengambilnya kerana sakit kepala yang melampau akibat insomnia.
Faezah dalam pada itu sempat menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Kredit: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel