Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas PM

Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas PM
Share

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak itu bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan ini,” maklum kenyataan itu hari ini, lapor Bernama.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel