Kedua Mata Kanak-kanak Tak Berfungsi Serentak Dan Terpaksa Dibedah, Punca Kerana Terlalu Kerap Main Handphone

Kedua Mata Kanak-kanak Tak Berfungsi Serentak Dan Terpaksa Dibedah, Punca Kerana Terlalu Kerap Main Handphone
Share
Ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet pada anak-anak kerana ia boleh memudaratkan kesihatan terutamanya penglihatan.

Dalam kes terbaru di Thailand, Dachar Nuysticker Chuayduang berkongsi mengenai insiden yang menimpa anak perempuannya berusia empat tahun menjalani pembedahan mata kerana terlalu banyak menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit.

Menurut Dachar, anaknya sudah dibiasakan dengan telefon bimbit sejak usia dua tahun, sementara dia boleh fokus melakukan pekerjaannya.

Namun, mata kanak-kanak itu mula mengalami masalah yang menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata. Selain itu, dia juga mengαlami perubahan di mana dia tidak dapat duduk diam atau fokus jika tiada telefon bimbit di tangannya.

Doktor berkata, penglihatan kanak-kanak itu terjejas atau mengalami simptom 'lazy eyes' di mana matanya tidak berfungsi secara serentak.


Selepas menjalani pembedahan, akhirnya penglihatan kanak-kanak berkenaan pulih tetapi doktor tidak membenarkan dia menggunakan sebarang gajet termasuk menonton televisyen kerana pencahayaan dari peranti itu boleh menyebabkan dia hilαng penglihatan dan terpaksa menjalαni pembedahan sekali lagi.

Kepada ibu bapa dan penjaga yang ada mana-mana anak kecil di rumah, mohon jangan terlalu awal nak manjakan mereka dengan gajet seperti handphone. Biarlah mereka membuat perkara lain atau main permainan lain yang lebih berfaedαh dan lebih sihat.

Sumber : sajage mpak
Kredit: Rentas Asia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel