Lan Pet Pet Jual Ubat Untuk Lelaki Bukan Bahan Terlarang, Tak Jadi Saman Orang

Lan Pet Pet Jual Ubat Untuk Lelaki Bukan Bahan Terlarang, Tak Jadi Saman Orang
Share
Pelawak terkenal, Mazlan atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet sebelum ini didakwa menjual bahan terlarang berikutan tularnya video seperti sedang menjual beli barang tersebut.

Namun ujar Mazlan, dia ketika itu sebenarnya sedang menjual ubat untuk lelaki.

Dia juga pada awalnya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video berunsur fitnah namun menarik semua hasrat tersebut selepas berbincang dengan peguam.

Malah, dia juga telah memaafkan mana-mana individu yang turut menyebarkan video tersebut dan mengutuknya di media sosial.
"Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa..apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan."

Jelasnya, setelah berbincang dengan peguam, dia menarik balik hasrat tersebut apabila mengenangkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar dan enggan membiarkan reputasinya tercalar.

Mazlan ditemui media di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Terdahulu, tular di Twitter mengenai video yang mirip pelawak tersebut seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.

Menerusi twit tersebut, ramai netizen telah mendakwa individu mirip pelawak itu adalah Mazlan.

Mazlan dalam pada itu turut menafikan bahawa aksi mencurigakan itu adalah untuk tujuan promosi semata-mata seperti yang didakwa netizen.

SUMBER : mStar Online

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel