Menteri Kesihatan Baharu, KJ ‘Beri Salam’ Isu Pegawai Halang Lelaki Rakam Video di PPV

Menteri Kesihatan Baharu, KJ ‘Beri Salam’ Isu Pegawai Halang Lelaki Rakam Video di PPV
Share
Baru-baru ini, viral di Twitter satu insiden yang dikongsikan oleh seorang netizen berkenaan pengalamannya dihalang merakam video semasa menerima suntikan vaksin oleh seorang pegawai kesihatan.

Menurut pegawai tersebut, tujuan dia menghalang ialah kerana bekas Menteri Penyelaras Imunisasi COVID 19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sudah meletak jawatan dan polisi tersebut sudah tidak terpakai lagi.

Video tersebut mendapat pelbagai feedback negatif netizen yang berpendapat perkara tersebut tidak patut dilakukan dan tak semestinya jika seorang menteri meletak jawatan, semua arahannya sudah terbatal.

Walau bagaimanapun, selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan barisan kabinet yang baru dan melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang baru, isu itu nampaknya kembali mendapat perhatian.

Yang lebih menariknya, KJ sendiri telah retweet posting lelaki terbabit dengan tweet bertulis ‘Assalamualaikum’.

Tweet dari Menteri Kesihatan baru kita ini telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang berpendapat nampaknya isu tersebut bakal diselesaikan tidak lama lagi.


Sumber: Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel