“Minta diampunkan” – Diva AA Ucap Takziah Kepada Shuib, Mohon Maaf Pernah Tanya Soalan Maut Pada Siti Sarah
Tuesday, August 10, 2021
Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin, 37, ternyata memberi impak besar bukan saja kepada ahli keluarganya, namun di kalangan peminat dan juga rakan artis yang bersama-sama dalam industri hiburan.
Antara rakan artis yang terkesan ialah bekas pengacara terkenal, Azwan Ali ataupun yang lebih mesra digelar Diva AA yang mengucapkan takziah kepada Shuib dan keluarga atas pemergian Siti Sarah.
Menurut Diva AA menerusi video TikTok, dia yang serba hitam di dalam video tersebut meluahkan rasa pilunya atas apa yang berlaku dan sempat ‘recap’ semula kenangannya bersama arwah.
Pernah bertanyakan soalan maut kepada Siti Sarah ketika mengacarakan beberapa program TV, Azwan Ali memohon maaf kepada arwah dan memuji sikap Sarah yang menjawab soalan yang diajukannya dengan tenang.
@divaaavazztersohor AL FATIHAH 😥😥😥😥😥😥
♬ original sound - divaaavazztersohor
"Diharap video ini sampai kepada tuan empunya badan, tak lain tak bukan to Shuib dari Sepahtu yang telah kehilangan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin."
“Salam takziah, just move on dan jaga anak-anak baik-baik. Diva AA cuma nak recap sikit, kenangan banyak kali bekerja dengan arwah. Minta ampun sebab ada soalan maut dalam Amboi, Amboi, Amboi Astro atau chit chat zaman tu."
“Arwah sangat selamba menjawabnya, sangat vocal, dia tidak takut dengan soalan Diva AA. Diva AA minta diampunkan. Semoga tenanglah roh arwah di sana. Tak tahulah bila dapat berjumpa Shuib dan semua,” katanya
Meskipun video tersebut telah ditutup ruang komen, ia telah mendapat lebih 21,000 likes dari pengguna TikTok.
Sumber Lobak Merah